nuffnang

Thursday 12 June 2014

Red Velvet Cookies



Ramuan:-
- 2 cawan tepung serba guna
- 8 sudu kecil serbuk koko
- 2 sudu kecil tepung jagung
- 2 sudu kecil baking powder
- 1 cawan mentega
- 3/4 cawan gula perang
- 2 sudu kecil cuka kurma
- 2 biji merah telur
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 3 sudu kecil pewarna merah
- 1 1/2 cawan twin chocolate chip

Cara-Cara Penyediaan:-
- Dalam bekas berasingan masukkan tepung, serbuk koko, tepung jagung dan baking powder.
- Pukul mentega dan gula perang hingga kembang, masukkan cuka pukul lagi.
- Masukkan telur, esen vanilla dan pewarna merah pukul sehingga sebati
- Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit serta masukkan twin chocolate chips gaul rata.
- Sudu adunan dengan sudu kecil, letak di atas dulang yang dilapik dengan baking paper. Boleh juga gentel menggunakan tangan.
- Letakkan jarak sedikit kerana cookies leper apabila dibakar.
- Panaskan oven suhu 160C bakar selama 15 minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment