nuffnang

Sunday 22 December 2013

Serabai



Ramuan:-
- 150 gm nasi
- 450 ml santan
- 1 sudu kecil garam
- 250 gm tepung beras
- 2 sudu kecil yis
- 1 tsp baking powder

Cara-Cara Penyediaan:-

- Kisar nasi bersama santan dan garam hingga halus.
- Dalam bekas berasingan masukkan tepung beras dan tuangkan bahan kisar tadi, gaul rata.
- Perap satu setengah jam atau sehingga adunan kembang.
- Jangan kacau selepas diperap dan senduk sedikit adunan masukkan ke dalam kuali non stick.
- Apabila nampak berlubang biar agak kering barulah ditutup dengan tudung periuk.
- Bila bawahnya kelihatan kekuningan barulah diangkat.
- Sedap dimakan dengan kuah durian.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment