nuffnang

Wednesday 9 May 2012

Siakap Kukus


Ramuan :-                                                                              
- 1 ekor siakap
- 3 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan sos cili
- 1 biji tomato (potong bulat)
- 1 biji bawang besar (potong bulat)
- 3 batang jagung muda (potong memanjang)
- 1/2 batang lobak merah (potong memanjang)
- 2 inci halia muda (dihiris nipis)
- 2 batang serai (dipotong nipis)
- 5 helai daun limau purut disiat-siat
- 1 biji lada capsicum (potong memanjang)
- 1 biji limau nipis untuk diperah atas ikan

Cara Penyediaan :-

- Ikan dicuci bersih dan lumurkan dengan sedikit garam, serbuk lada sulah.
- Letakkan dalam pinggan bujur biarkan seketika.
-Tuang sos tiram, sos cili dilumurkan pada ikan.
- Susunkan bahan-bahan potong tadi di atas ikan tadi.
- Panaskan kukusan.  Bila air mendidih.
- Kukuskan ikan selama 15 minit (bergantung pada saiz ikan atau apabila mata ikan bertukar menjadi putih)
- Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.
- Seelok-eloknya dimakan semasa ikan masih panas.


Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment