nuffnang

Sunday 9 June 2013

Capati


Ramuan:-                                                                             

- 3 cawan tepung atta
- 3 sudu makan minyak sapi
- 1 cawan air suam
- 1 sudu teh garam
- Sedikit minyak sapi untuk dilenser pada chapati
- Sedikit tepung atta untuk proses mencanai

Cara-Cara Penyediaan :-

- Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
- Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh.
- Tutup doh dengan tuala lembab dan biarkan selama 30 minit.
- Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
- Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis.
- Panaskan kuali dan letak sekeping doh biar doh menggelembung barulah diterbalikkan.
- Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi.
- Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah di alas dengan paper towel.
- Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.
- Hidangkan dengan kari atau kuah kegemaran anda.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment