nuffnang

Wednesday, 12 February 2014

Lasagna



Ramuan Sos Merah:-
- 400 g daging cincang
- 1 tin prego saiz kecil
- 1 tin cendawan butang (dihiris halus)
- 1 biji lobak merah (dipotong dadu)
- 2 sudu besar cili boh
- 3 ulas bawang merah (cincang halus)
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 1 kotak instant lasagna
- Sedikit garam, oregano dan lada sulah secukup rasa
- 1 cawan air
- Minyak untuk menumis

Cara-Cara Penyediaan:-
- Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili boh kacau sampai pecah minyak kemudian masukkan daging cincang.
- Tuang air tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam serta oregano.
- Masukkan prego dan lobak merah serta cendawan butang, tunggu sehingga mendidih dan padamkan api.

Ramuan Sos Putih:-
- 2 sudu besar mentega
- 4 sudu besar tepung gandum
- 1/2 blok cheddar cheese (potong kecil)
- 2 1/2 cawan susu segar
- Sedikit garam dan serbuk lada hitam

Cara-Cara Penyediaan:-
- Masukkan tepung gandum dalam periuk, tuang susu sikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
- Kemudian masukkan garam, mentega dan garam kacau dan dipanaskan atas api.
- Masukkan cheddar cheese, kacau selalu kemudian padamkan api.
- Sediakan dulang caserole, sapu minyak.
- Susun kulit lasagna sehingga menutupi bahagian bawah acuan.
- Tuangkan sedikit sos merah kemudian sos putih tabur mozarella. Selang selikan.
- Bahagian atas kulit lasagna, tuang sos merah dan sos putih sehingga menutupi kepingan lasagna.
- Pastikan sos putih menutupi sepenuhnya supaya lasagna tidak meleding dan kering.
- Taburkan sebahagian mozarela yang telah diparut halus.
- Bakar selama 1 jam atau kelihatan garing di atasnya.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment