nuffnang

Monday, 22 February 2016

Kek Kukus Keju


Ramuan A:-
- 1 cawan gula kastor
- 6 keping slice cheese
- 1/2 cawan susu cair

Cara-cara Penyediaan RamuanA:-
- Kesemua ramuan disatukan kemudian masak hingga cair di atas api sederhana.
- Hendaklah dikacau selalu supaya tidak berketul dan ketepikan.

Ramuan B:-
- 3 biji telur
- 250 gm mentega
- 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara Penyediaan Ramuan B:-
- Pukul semua ramuan sehingga kembang.
- Selepas itu masukkan cheese yang dicairkan tadi dan pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.

Ramuan C:-
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder

Cara-cara Penyediaan Ramuan C:-
- Ayak bersama masuk ke dalam adunan tadi kemudian dikaup balik sampai sebati.
- Selepas itu, masukkan dalam acuan dikukus hingga masak lebih kurang 45 minit.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment