nuffnang

Thursday, 2 June 2016

Nasi Beringin

Ramuan:-

3 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan santan
2 sudu besar minyak marjerin
1 inci halia
5 ulas bawang merah
1 batang serai (hiris)
3  biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 batang kayu manis
1 tsp halba
Garam secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan:-

- Cuci beras, rendam selama 30 minit dan toskan. Panaskan majerin goreng bawang hingga kuning.
- Masukkan halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih dan serai serta daun pandan.
- Tumis hingga harum tuang santan apabila mendidih masukkan beras.
- Masak nasi seperti biasa.  Apabila nasi kering kemburkan.

Selamat Mencuba..


No comments:

Post a Comment