nuffnang

Wednesday, 9 August 2017

Biskut Buah Kana



Ramuan:-
- 90 g gula aising
- 150 g mentega/marjerin
- 1 biji kuning telur
- 1 camt vanila
- *170 g tepung gandum
- *100 g tepung jagung
- *1/2 camt serbuk penaik
- Ayak bahan bertanda *
- Jem strawberry secukupnya

Cara-Cara Penyediaan:-
- Pukul gula, mentega, esen vanila dan kuning telur hingga sebati. Masukkan tepung uli perlahan sehingga menjadi doh.
- Tabur acuan dengan sedikit tepung kemudian ambil sedikit doh tekan ke dalam acuan buah kana.
- Ketukkan acuan dan atur biskut ke dalam loyang pembakar yang disapu majerin.
- Bakar pada 180 C selama 25 minit atau sehingga masak.
- Biarkan suam dahulu baru disapu jem. Kemudian tangkup biskut yang telah disapu jem dengan biskut yang satu lagi.

Selamat Mencuba...

Wednesday, 24 May 2017

Lapis Labu Kuning


Ramuan:-
- 6 cawan santan
- 1 1/8 cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan (simpul)
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung ubi
- 1 cawan labu kuning (sudah lenyek)

Cara-Cara Penyediaan:-
- Masak gula, garam, daun pandan dan santan hingga larut.
- Dalam bekas lain masukkan kesemua tepung gaul rata 
- Tuang santan suam-suam kuku ke dalam bekas tepung dan kacau sebati kemudian tapis.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian di masukkan labu lenyek dan satu bahagian lagi biar warna putih.
- Didihkan air kukusan. Alaskan loyang 7x7 dengan plastik dan sapu minyak sedikit. Tuang adunan labu dan kukus selama 5 minit.
- Diikuti adunan putih dan kukus selama 5 minit. Ulangi sehingga habis.
- Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit.
Setelah masak angkat dan sejukkan.
- Biarkan kuih sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. 

Selamat Mencuba..

Agar-agar Strawberry


Ramuan:-
- 20gm agar-agar tali
- 5 gelas air
- 1 tin susu cair
- 1 ¼ cawan gula pasir (boleh tambah)
- 1/2 tbsp pewarna merah
- 1 cawan buah strawberry (kisar dan tapis)

Cara-Cara Penyediaan:-
- Rendam agar-agar buang air kemudian tuang air di dalam periuk. Masak sehingga agar-agar larut.
- Selepas agar-agar larut, masukkan gula pasir masak lagi. Tuang susu cair dan warna merah. Kacau sehingga mendidih.
- Tutup api dan tuang agar-agar ke dalam bekas biar sejuk. Bila
telah sejuk barulah masukkan dalam peti ais.

Selamat Mencuba...

Coconut Blossom


Ramuan:-
- 3 biji telur A (sejuk)
- 1 cawan gula castor
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 tbsp baking powder
- 1 tbsp ovalette
- 1/4 cawan susu cair
- 1/2 tbsp warna hijau
- 1 tsp pandan paste

Cara-Cara Penyediaan:-
- Masukkan kesemua ramuan ke dalam mixture.
- Whisk sehingga kembang dan pekat.
- Bubuh 1/2 sudu kecil adunan ke dalam mangkok kertas.
- Masukkan inti kelapa ke dalam adunan. Kemudian tutup semula dengan adunan.
- Didihkan air dalam kukusan terlebih dahulu. Kukus selama 10 minit gunakan api sederhana besar.
- Sekira api terlalu besar coconut blossom akan merekah.

Inti kelapa:-
- 1 biji kelapa parut (putih)
- 3/4 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu besar tepung pulut
- 2 helai daun pandan disimpul

Cara-Cara Penyediaan:-
- Masak gula merah, gula pasir daun pandan dengan sedikit air masak sehingga gula hancur. Kemudian tapis.
- Masukkan kelapa parut dalam kuali kacau atas dapur sehingga kering. Selepas itu masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
- Biarkan sejuk, bulat-bulatkan inti kelapa.

Selamat Mencuba...

Tuesday, 16 May 2017

Mee Rebus


Ramuan:-
- 7 ulas bawang kecil
-3 ulas bawang putih
- 1/2 cawan udang geragau
- 1/2 cawan udang kering
- 2 sudu makan taucu
(*) Kesemua kisar hingga halus
- 3 batang serai dititik
- 350 g keledek direbus (kisar halus)
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 5 sudu makan rempah kari
- 3 sudu makan tepung jagung
- 2 liter air
- 2 sudu besar tepung jagung
Garam & gula secukupnya

Cara-Cara Penyediaan:-
- Panaskan minyak masukkan serai kacau hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar & serbuk ketumbar. Kacau hingga terbit minyak. Masukkan air,  keledek, gula, garam serta bancuhan tepung jagung.
- Biarkan mendidih dan  kepekatan kuah ikut kesukaan anda.
- Rasalah garam dan gula. Kuah mee rebus kena lebih gula biar manis, baru sedap.

Hiasan Mee:-
- 1 1/2 kg mee kuning (celur)
- Tahu goreng
- Telur rebus
- Lada hijau dihiris
- Daun sop bawang dihiris
- Limau kasturi
- Bawang goreng

- Masuk mee ke dalam mangkuk letak ramuan di atas dan tuang kuah dan boleh dimakan.

Selamat Mencuba...

Ayam Black Pepper


Ramuan:-
- 1 ekor ayam
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 labu bawang besar (hiris)
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 1 in halia (hiris halus)
- 5 sudu besar sos blackpepper
- 5 sudu besar sos tiram
- 5 sudu besar kicap lemak manis
- 2 sudu besar biji lada hitam  (tumbuk)
- Gula dan air secukupnya
- Minyak untuk tumis

Cara-Cara Penyediaan:-
- Daging ayam garam dan serbuk kunyit digaul rata.
- Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang layu.
- Masukkan sos blackpepper, sos tiram dan serbuk lada hitam.
- Masukkan daging ayam tuang sedikit air. Rasa mengikut citarasa masing-masing.
- Padamkan api dan boleh hidangkan.

Selamat Mencuba...

Wednesday, 5 April 2017

Kacang Pool


Ramuan:-
- 7 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
(*) dikisar halus
- 400 gram daging lembu kisar
- 2 sudu makan bumbung rempah kari daging
- 1 tin kacang pool
- 1 tin red beans
- 1 tin kecil baked beans
- 2 tsp lada hitam (tumbuk halus)
- 1 tbsp serbuk ketumbar
- 2 sudu makan minyak sapi
- Gula dan garam secukupnya
- Air secukupnya
- Minyak untuk menumis

Untuk Tabur:-
- limau kasturi (belah 2)
- bawang besar (dadu kecil)
- cili hijau (potong bulat))
- Sebarang jenis roti atau roti paun

Cara-Cara Penyediaan:-
- Daging cincang masuk dalam tapis kemudian basuh bersih dan toskan.
- Ramas kacang pool hingga pecah tapi jangan sampai lumat.
- Kemudian satukan serbuk ketumbar, rempah kari dengan sedikit air jadikan pes ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak bersama minyak sapi dalam periuk.
- Tumis ramuan kisar hingga naik bau. Masukkan pes rempah tadi kacau hingga terbit minyak.
- Kemudian masukan daging cincang masak selama 10 minit.
- Tuang air mengikut kepekatan  kacau hingga air mendidih. masukan baked bean, kacang pool, dan kacang merah. kacau sentiasa dan gunakka api sederhana selama lebih kurang 12 minit.
- Akhir sekali masukan serbuk lada hitam, gula dan garam. Rasalah mengikut citarasa sendiri. Biar mendidih sekejap dan tutup api.

Cara Menghidangkan:-
- Apabila menghidang cedok kuah kacang pool secukupnya ke dalam mangkuk. Kemudian taburkan cili hijau, bawang besar dan letak telur mata kerbau. Tuangkan sedikit minyak sapi panas dan perahkan sedikit jus limau kasturi dan hidangkan bersama roti.

Selamat Mencuba...