nuffnang

Tuesday, 6 February 2018

Kek Coklat Blander



Ramuan:-
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak
- 3 biji telur
- Semua ramuan di atas dimasukkan dalam blender dan kisar selama 5 minit. Didihkan air dalam periuk kukusan terlebih dahulu.

Ayak:-
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- Adunan yang telah dikisar tuang dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan hingga rata. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu majerin. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana. Cucuk dengan lidi satay jika tidak melekat kek sudah masak.

Topping:-
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/4 cawan susu cair
- 2 sudu besar butter/majerin/minyak masak
- Masukkan dalam periuk dan
masak atas api guna kaedah DOUBLE BOILED.
- Bila sudah sejuk tuang atas kek yang sudah sejuk.

Selamat Mencuba..

Apam Mekar Ais Krim Soda


Ramuan:- 
- 3 biji telur
- 2 cawan gula halus 
- 1 sudu besar ovallete 
- 1 sudu kecil esen vanilla 
- 3 cawan tepung gandumc
- 1 cawan ais krim soda 
Cara-Cara Penyediaan:-
- Pukul telur, gula, ovallete dan juga esen vanilla sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan tepung gandum dan ais krim soda. Pukul rata.
- Ceduk sedikit doh untuk diwarnakan. Tuangkan dalam paper cup dan letak satu sudu makan doh yang telah diwarnaka.
- Didihkan dahulu air kemudian kukus dengan api kuat selama 10-15 minit.

Selamat Mencuba...

Sunday, 19 November 2017

Ayam Masak Asam

Ramuan:-
- 1/2 ekor ayam
- *3 ulas bawang putih
- *3 ulas bawang kecil
- *1 inci halia
- *1 inci lengkuas
- *1 sudu teh jintan manis
- 10 tangkai cili api belah dua tak putus
- 1 ulas bawang besar potong bulat
- 2 batang serai ketuk
- 2 sudu besar air asam jawa
- Garam dan sedikit gula
- Air sedikit

Cara-Cara Penyediaan:-
- Ayam dipotong sederhana besar basuh bersih, kemudian gaul garam dan serbuk kunyit. Goreng kekuningan jangan terlalu garing.
- Tumbuk bahan bertanda* dan tumis bersama serai hingga kekuningan.
- Masukkan cili padi, bawang besar, air asam dan ayam tambah air sedikit.
- Akhir sekali masuk garam dan sedikit gula gaul rata. Masak hingga kuah agak pekat.
- Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba...

Wednesday, 9 August 2017

Apam Susu


Ramuan:-
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu besar ovelet
- 1 cawan gula halus
- 4 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar minyak mazola
- 2 cawan tepung gandum)
- 1 sudu teh baking powder) ayak

Cara-Cara Penyediaan:-
- Pukul telur, gula dan ovelet sehingga putih pekat.
- Masukkan esen dan susu pukul sehingga putih berkrim.
- Kemudian masukkan tepung sikit-sikit pukul sehingga sebati.
- Bahagikan pada tiga bahagian dan warnakan. Tuang ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minyak. Permukaan loyang hendaklah ditutup foil supaya air tidak menitik pada permukaan kuih.
- Didihkan air terlebih dahulu dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba...

Puding Milo Oreo


Ramuan:-
- 20 g agar-agar tali
- 1400 ml air
- 160 g gula pasir
- 1 tin susu cair
- 1 cawan serbuk milo
- 152 g Oreo Cookies

Cara-Cara Penyediaan:-
- Masak agar-agar bersama air sehingga hancur.  Kemudian masuk gula masak hingga larut. Tuang susu kacau hingga mendidih.
- Asingkan empat cawan ke dalam periuk dan campurkan milo sehingga larut.
- Tuangkan dua cawan campuran milo ke dalam acuan berukuran 8 inci. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
- Apabila permukaannya mengeras sedikit tuangkan semua adunan putih kemudian patah dua biskut oreo masuk dalam adunan putih hingga habis.
- Apabila permukaannya sedikit keras tuang baki adunan milo tadi. Biar beku disuhu bilik sebelum masuk ke dalam petisejuk.

Untuk Melapis:-
- Jangan tunggu lapisan keras sebab lapisan tidak akan melekat nanti.
- Sekiranya keras guriskan permukaan dengan garfu baru tuang lapisan seterusnya.

Selamat Mencuba...

Semperit Susu


Ramuan:-
- 250 gram majerin
- 3/4 cawan susu pekat
- 500 g tepung Jagung
- 1 tutup esen vanila
- Ceri merah untuk hiasan

Cara-Cara Penyediaan:-
- Satukan majerin dengan susu pekat. Kacau guna senduk.
- Kemudian masukkan esen vanilla.
- Masukkan tepung jagung sikit demi sedikit uli sampai menjadi doh hingga tidak melekat ditangan.
- Guna acuan semperit dan
hias ceri merah.
- Bakar pada suhu 160C selama 25 minit atau sehingga masak.

Selamat Mencuba...

Biskut Buah Kana



Ramuan:-
- 90 g gula aising
- 150 g mentega/marjerin
- 1 biji kuning telur
- 1 camt vanila
- *170 g tepung gandum
- *100 g tepung jagung
- *1/2 camt serbuk penaik
- Ayak bahan bertanda *
- Jem strawberry secukupnya

Cara-Cara Penyediaan:-
- Pukul gula, mentega, esen vanila dan kuning telur hingga sebati. Masukkan tepung uli perlahan sehingga menjadi doh.
- Tabur acuan dengan sedikit tepung kemudian ambil sedikit doh tekan ke dalam acuan buah kana.
- Ketukkan acuan dan atur biskut ke dalam loyang pembakar yang disapu majerin.
- Bakar pada 180 C selama 25 minit atau sehingga masak.
- Biarkan suam dahulu baru disapu jem. Kemudian tangkup biskut yang telah disapu jem dengan biskut yang satu lagi.

Selamat Mencuba...