nuffnang
Monday, 23 July 2018
Daging Goreng Kunyit
Ramuan:-
- 600 gm daging
- 3 sudu besar serbuk kunyit
- 2 inci halia (hiris nipis)
- 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
- 1 labu bawang holand
- 3 tangkai kacang panjang/ buncis
- 1 biji kentang (potong dan goreng)
- 2 tangkai cili merah (hiris)
- Minyak untuk tumis
- Garam dan gula secukup rasa
Cara- Cara Penyediaan:-
- Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
- Masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit ke dalam kuali dan masukkan sedikit air sehingga paras daging.
- Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi.
- Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak. Masukkan garam dan gula kacau rata.
- Akhir sekali masukkan kacang, bawang besar, kentang goreng dan cili. Gaul sehingga layu dan tutup api
Selamat Mencuba...
Thursday, 29 March 2018
Buah Redan
Ramuan:-
- 500 gram tepung pulut
- 450 g santan
- 6 sudu besar gula pasir
- 1 biji kuning telur
- Bijan secukupnya
Cara-Cara Penyediaan:-
- Masukkan kuning telur dan gula ke dalam santan dan dikacau hingga sebati.
- Masukkan tepung pulut ke dalam satu bekas kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit.
- Uli sehingga menjadi satu doh yang lembut. Kemudian gentel doh kecil-kecil dan bulatkan terus digolek dengan bijan. Buat hingga habis.
- Goreng dengan minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan garing dengan api sederhana kecil. Angkat dan toskan.
Selamat Mencuba...
Tuesday, 6 February 2018
Kek Coklat Blander
Ramuan:-
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak
- 3 biji telur
- Semua ramuan di atas dimasukkan dalam blender dan kisar selama 5 minit. Didihkan air dalam periuk kukusan terlebih dahulu.
Ayak:-
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- Adunan yang telah dikisar tuang dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan hingga rata. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu majerin. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana. Cucuk dengan lidi satay jika tidak melekat kek sudah masak.
Topping:-
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/4 cawan susu cair
- 2 sudu besar butter/majerin/minyak masak
- Masukkan dalam periuk dan
masak atas api guna kaedah DOUBLE BOILED.
- Bila sudah sejuk tuang atas kek yang sudah sejuk.
Selamat Mencuba..
Apam Mekar Ais Krim Soda
Ramuan:-
- 3 biji telur
- 2 cawan gula halus
- 1 sudu besar ovallete
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 cawan tepung gandumc
- 1 cawan ais krim soda
Cara-Cara Penyediaan:-
- Pukul telur, gula, ovallete dan juga esen vanilla sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan tepung gandum dan ais krim soda. Pukul rata.
- Ceduk sedikit doh untuk diwarnakan. Tuangkan dalam paper cup dan letak satu sudu makan doh yang telah diwarnaka.
- Didihkan dahulu air kemudian kukus dengan api kuat selama 10-15 minit.
Selamat Mencuba...
- Pukul telur, gula, ovallete dan juga esen vanilla sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan tepung gandum dan ais krim soda. Pukul rata.
- Ceduk sedikit doh untuk diwarnakan. Tuangkan dalam paper cup dan letak satu sudu makan doh yang telah diwarnaka.
- Didihkan dahulu air kemudian kukus dengan api kuat selama 10-15 minit.
Selamat Mencuba...
Sunday, 19 November 2017
Ayam Masak Asam
Ramuan:-
- 1/2 ekor ayam
- *3 ulas bawang putih
- *3 ulas bawang kecil
- *1 inci halia
- *1 inci lengkuas
- *1 sudu teh jintan manis
- 10 tangkai cili api belah dua tak putus
- 1 ulas bawang besar potong bulat
- 2 batang serai ketuk
- 2 sudu besar air asam jawa
- Garam dan sedikit gula
- Air sedikit
Cara-Cara Penyediaan:-
- Ayam dipotong sederhana besar basuh bersih, kemudian gaul garam dan serbuk kunyit. Goreng kekuningan jangan terlalu garing.
- Tumbuk bahan bertanda* dan tumis bersama serai hingga kekuningan.
- Masukkan cili padi, bawang besar, air asam dan ayam tambah air sedikit.
- Akhir sekali masuk garam dan sedikit gula gaul rata. Masak hingga kuah agak pekat.
- Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba...
- 1/2 ekor ayam
- *3 ulas bawang putih
- *3 ulas bawang kecil
- *1 inci halia
- *1 inci lengkuas
- *1 sudu teh jintan manis
- 10 tangkai cili api belah dua tak putus
- 1 ulas bawang besar potong bulat
- 2 batang serai ketuk
- 2 sudu besar air asam jawa
- Garam dan sedikit gula
- Air sedikit
Cara-Cara Penyediaan:-
- Ayam dipotong sederhana besar basuh bersih, kemudian gaul garam dan serbuk kunyit. Goreng kekuningan jangan terlalu garing.
- Tumbuk bahan bertanda* dan tumis bersama serai hingga kekuningan.
- Masukkan cili padi, bawang besar, air asam dan ayam tambah air sedikit.
- Akhir sekali masuk garam dan sedikit gula gaul rata. Masak hingga kuah agak pekat.
- Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba...
Wednesday, 9 August 2017
Apam Susu
Ramuan:-
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu besar ovelet
- 1 cawan gula halus
- 4 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar minyak mazola
- 2 cawan tepung gandum)
- 1 sudu teh baking powder) ayak
Cara-Cara Penyediaan:-
- Pukul telur, gula dan ovelet sehingga putih pekat.
- Masukkan esen dan susu pukul sehingga putih berkrim.
- Kemudian masukkan tepung sikit-sikit pukul sehingga sebati.
- Bahagikan pada tiga bahagian dan warnakan. Tuang ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minyak. Permukaan loyang hendaklah ditutup foil supaya air tidak menitik pada permukaan kuih.
- Didihkan air terlebih dahulu dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Selamat Mencuba...
Puding Milo Oreo
Ramuan:-
- 20 g agar-agar tali
- 1400 ml air
- 160 g gula pasir
- 1 tin susu cair
- 1 cawan serbuk milo
- 152 g Oreo Cookies
Cara-Cara Penyediaan:-
- Masak agar-agar bersama air sehingga hancur. Kemudian masuk gula masak hingga larut. Tuang susu kacau hingga mendidih.
- Asingkan empat cawan ke dalam periuk dan campurkan milo sehingga larut.
- Tuangkan dua cawan campuran milo ke dalam acuan berukuran 8 inci. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
- Apabila permukaannya mengeras sedikit tuangkan semua adunan putih kemudian patah dua biskut oreo masuk dalam adunan putih hingga habis.
- Apabila permukaannya sedikit keras tuang baki adunan milo tadi. Biar beku disuhu bilik sebelum masuk ke dalam petisejuk.
Untuk Melapis:-
- Jangan tunggu lapisan keras sebab lapisan tidak akan melekat nanti.
- Sekiranya keras guriskan permukaan dengan garfu baru tuang lapisan seterusnya.
Selamat Mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)






