nuffnang

Sunday 5 February 2012

Apam Polkadot

Ramuan :-                                                   

- 3biji telur gred A (sejuk)
- 275g tepung gandum
- 160g gula halus
- 150ml susu cair
- 3sudu teh baking powder
- 1sudu teh ovallate
- 1penutup esen ros
- pewarna hijau/merah
- filling blueberry atau ikut citarasa



Cara penyediaan :-

- Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer.
- Pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang kemudian dimasukkan esen ros.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
- Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.
- Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
- Letakkan  secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
- Picit lagi adunan sama warna berbeza sehingga hampir penuh.
- Akhir sekali, dot-dot kan dengan warna pilihan dan kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


Selamat Mencuba... 

No comments:

Post a Comment