nuffnang

Thursday 11 October 2012

Lompang


Ramuan :-                                                             
- 2 cawan air
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi

Sirap Gula :-

- 3/4 cawan gula
- 2 cawan air
- 5 helai daun pandan (disimpul)

Cara-Cara Penyediaan:-

Sirap Gula:-
- Masukan kesemua ke dalam periuk dan tenggek atas api biar sehingga mendidih dan biarkan sejuk.

- Masukkan tepung beras, tepung sagu ke dalam bekas dan tuang air serta gaul sehingga rata.
- Kemudian curahkan air gula ke dalam adunan tepung kacau rata.
- Bahagikan adunan kepada empat bahagian kemudian warnakan dengan warna kegemaran anda.
- Panaskan kukusan terlebih dahulu, letakkan acuan yang telah disapu sedikit minyak dan kukus selama 5 minit.
- Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
- Semasa menghidang kuih ini hendaklah letak kelapa parut ditengah-tengahnya.

Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment