nuffnang

Monday, 6 February 2012

Kueh Getas

Ramuan :-                                                                                    

- 1 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- 11/2cawan kelapa parut
- 1 sudu kfc garam
- 1/2 cawan air

sira gula :-

- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air


Cara penyediaan :-


- Campurkan tepung gandum, tepung pulut, kelapa dan garam.
- Kemudian, gaul campuran hingga menjadi rata.
- Masukkan air sikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat ditangan.
- Ambil sedikit doh kemudian dibentukkan membujur.
- Buat sehingga habis dan goreng dengan api perlahan hingga kekuningan.
- Untuk menyira gula, masukkan gula dalam kuali serta air 1/2 cawan tadi.
- Kacau hingga gula likat, padamkan api masukkan kuih getas tadi.
- Gaul rata hingga gula menyaluti kuih.


Selamat mencuba...

Sambal Belimbing Hitam

Ramuan :-                                                                   

- 3 cawan ikan bilis ( ditumbuk kasar )
- 1ulas bawang putih ( ditumbuk
- 9 ulas bawang merah ( ditumbuk )
- 1 cawan belimbing ( telah direbus )
- 1 cawan cili padi ( ditumbuk )
- gula dan garam secukup rasa
- minyak ( untuk menumis )

Cara Penyediaan :-

- Panaskan minyak masak di dalam kuali,
- Kemudian, masukkan cili padi bersama bawang yang ditumbuk tadi sehingga berbau harum
- Masukkan semua bahan-bahan dan digaul rata.
- Goreng dengan api sederhana besar sehingga berbau harum.
- Kacau sambal sehingga garing dan bertukar menjadi warna kehitam-hitaman.
- Sambal ini sedap dimakan bersama nasi yang masih panas.


Selamat Mencuba...

Sunday, 5 February 2012

Makaroni Kukus

Ramuan :-                                                                                                       

- 300g makaroni (direbus)
- 3biji bawang (hiris nipis)
- 20ekor udang besar(rebus/potong kecil2)
- 5biji telur
- 1cawan susu cair
- 3sudu teh lada sulah
- garam secukup rasa
- cheese (ditabur diatas makaroni)
- 3/4cawan air


Cara penyediaan :-

- Loyang disapu rata dengan marjerin.
- Kemudian, masukkan makaroni yang telah dikukus ke dalam loyang.
- Pukul telur, garam dan susu cair hingga rata.
- Air rebusan udang dimasukkan ke dalam campuran telur tadi.
- Curahkan campuran telur ke dalam makaroni.
- Masukkan udang bersama hirisan bawang dan digaul rata.
- Akhir sekali, kukuskan selama 30-40 minit.
- Sedia dihidangkan dengan cili sos

Selamat Mencuba...

Apam Polkadot

Ramuan :-                                                   

- 3biji telur gred A (sejuk)
- 275g tepung gandum
- 160g gula halus
- 150ml susu cair
- 3sudu teh baking powder
- 1sudu teh ovallate
- 1penutup esen ros
- pewarna hijau/merah
- filling blueberry atau ikut citarasa



Cara penyediaan :-

- Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer.
- Pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang kemudian dimasukkan esen ros.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
- Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.
- Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
- Letakkan  secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
- Picit lagi adunan sama warna berbeza sehingga hampir penuh.
- Akhir sekali, dot-dot kan dengan warna pilihan dan kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


Selamat Mencuba... 

Jelly Kelapa Pandan

Ramuan :-   

-20g agar-agar powder 
- 4biji kelapa muda
- 1cawan gula pasir
- 3000ml air kelapa (ditambah sekiranya tidak cukup)
- isi kelapa (dicarik dengan garpu)
- 1sudu teh garam
- Pewarna (hijau)


Cara penyediaan :-

- Air kelapa, agar-agar powder dan gula pasir dididihkan di atas api.
-  Masukkan garam dan isi kelapa.
-  Masukkan ke dalam acuan.
- Sejukkan di dalam peti ais.


Selamat Mencuba...

Tuesday, 24 January 2012

Kek Karamel Belang

Ramuan :-                                                                  
A) Karamel 
- 1/2 cawan susu cair
- 70g gula kastor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telur

B) Lapisan Kek
- 140g tepung gandum
- 70 g gula kastor
- 3 biji kuning telur
- 135 ml air biasa
- 1 sudu teh baking powder
- 45 ml minyak masak


C) Gula Hangus
- 2 sudu besar gula (taburkan gula ke dalam loyang dan masak di atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang. Setelah cair sepenuhnya, biarkan ia sejuk)

D) Merinque 
- 6 biji putih telur
- 70g gula kastor
- 1 sudu teh krim tartar

Cara Penyediaan :-
- Kacau kesemua bahan A perlahan-lahan dan pastikan ia tidak berbuih.
- Masukkan bahan A ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
- Kemudian, pukul kesemua bahan B sehingga sebati.
- Pukul bahan D sehingga kembang dan pekat.
- Adunan B dan D dicampurkan dan digaul sehingga sebati.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna mengikut citarasa masing-masing.
- Masukkan adunan yang telah diwarnakan ke dalam loyang tadi.
- Bakar adunan menggunakan cara double boiling selama 1 jam- suhu 160-180C
- Bila sudah masak bolehlah diangkat dan biarkan ia sejuk selama 10-15 minit
- Terbalikkan kek yang dibakar tadi.
- Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
- Bagi yang suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dimakan.


Selamat Mencuba...

Kuih Lapis

Ramuan :-                                                                                                     
 
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung kanji
- 2 cawan tepung beras
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 6 cawan santan
- Sedikit garam
- Pewarna merah
- Loyang 7 X 7

Cara Penyediaan :-

- Masukkan tepung gandum, tepung kanji, tepung beras, gula dan santan ke dalam besen dan kacau rata.
- Sementara itu panaskan air dalam kukusan.
- Adunan yang sudah sebati tadi ditapiskan terlebih dahulu.
- Kemudian, bahagikan kepada dua bahagian. Satu adunan dengan warna asal (warna putih) manakala satu lagi dicampurkan dengan pewarna merah.
- Untuk memudahkan kuih ini dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak.
- Masukkan 2 cawan adunan warna putih kukus selama 5 minit.
- Selepas itu, masukkan pula 1 cawan adunan warna merah dan kukus selama 2 minit.
-Kemudian selang seli warna merah dan putih hingga adunan habis.
- Lapisan terakhir yang berwarna merah dikukus selama 20 minit.
- Apabila sudah sejuk, bolehlah dihidangkan.

Selamat Mencuba...