nuffnang

Sunday 2 September 2012

Biskut Cornflakes


Ramuannya :-
- 220gm tepung gandum
- 50 g tepung jagung   
- 250gm mentega
- 150gm gula kaster
- 1 sudu teh esen vanila
- 150 gm cornflakes di ramas kasar

Untuk Salut :-

- 100 gm cornflakes (diramas- ramas)

Cara-Cara Penyediaan :-

- Putar mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan esen vanila dan pukul rata.
- Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes, uli hingga menjadi doh.(doh ini memang lembik)
- Senduk doh 1 sudu teh penuh dan masukkan dalam cornflakes, golek-golekkan supaya tersalut cornflakes dengan doh, susun di dalam loyang yang telah digriskan dahulu. (susunan mestilah dijarakkan kerana bila dibakar biskut ini akan mengembang)
- Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga kekuningan.
- Simpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment