nuffnang

Saturday 19 January 2013

Kek Lapis Keladi


Ramuan :-                                                                                                                                                   
- 4 biji telur grade A
- 250gm tepung sponge mix
- 1 sudu besar ovalette
- 60 ml air
- 60 ml mentega cair
- 1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara Penyediaan Kek:-

- Panaskan oven terlebih dahulu
- Masukkan sponge mix, telur, esen vanila dan ovallete dalam bekas dan pukul hingga gebu dan pekat.
- Tuangkan air dan mentega cair serta pukul lagi.
- Sediakan acuan 8x8 yang telah disapu minyak.
- Masukkan adunan ke dalam acuan.
- Bakar selama 35 minit, sekiranya kek dicucuk dengan lidi tidak melekat menandakan kek telah masak.
- Apabila kek sudah masak terbalikkan dan letak di atas redai biar sehingga sejuk.

Ramuan Kastard :-

- 200 ml santan kotak
- 850 ml air
- 230 gm gula
- 10 gm serbuk jelly
- 1 sudu besar paste keladi
- 100 gm tepung hoen kwee (warna putih)
- 1/8 sudu garam

Cara-Cara Penyediaan :-

- Masukkan kesemua bahan kastard ke dalam periuk.
- Ttenggek di atas api, kacau adunan sehingga pekat dan likat.

Cara-Cara Melapis Kek:-

- Kek span dipotong kepada dua lapisan. Ketepikan.
- Sediakan acuan yang digunakan tadi berukuran 8x8 inci.
- Seelok-eloknya guna acuan yang senang ditanggalkan.
- Masukkan lapisan kek ke dalam acuan kemudian sendukkan lima adunan kastard letak di atas kek serta ratakan.
- Ambil satu lagi kek letakkan di atas adunan kastard dan tekan sedikit.
- Tuangkan adunan kastad dan ratakan di sekeliling kek hingga habis.
- Masukkan dalam peti ais supaya senang untuk mengeluarkan kek dari acuan.
- Apabila sudah sejuk keluarkan dan taburlah dengan kelapa kering.
- Kek hendaklah disimpan di dalam peti ais. Jika tidak ia akan basi sebab adunan kastard menggunakan santan.

Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment