nuffnang

Sunday, 14 October 2012

Jeruk Lada Hijau


Ramuan:-                                                          
- 9 biji cili hijau
- 1 cawan cuka
- 1 cawan air
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam

Cara-Cara Penyediaan:-

- Basuh cili kemudian toskan.
- Kemudian hiris setebal anggaan 1/2 inci.
- Masak air, cuka, garam dan gula hingga mendidih. Biarkan hingga sejuk.
- Masukkan cili ke dalam botol yang bersih dan tuangkan air cuka yang dimasak tadi.
- Tutup botol dan biarkan selama 3 hari.
- Cili ini sedap dimakan bersama mee rebus/kari/kueh teow goreng ataupun sup.

Selamat Mencuba...

Apam Mentega


Ramuan :-                                                                       
A
- 11/2 cawan gula pasir
-  1 cawan air
- 250 gm mentega

B
- 3/4 cawan gula kastor
- 4 biji telur
- 3 cawan tepung gandum ayak besama
- 2 sudu teh soda bikarbonate
- 1 tin susu cair
- 1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara Penyediaan :-

A
- Masukkan gula dalam periuk, masak gula hingga warna gula keperangan.
- Padamkan api terlebih dahulu supaya tidak terpercik semasa menuang air.
- Nyalakan semula api dan kacau sehingga semua larut dan masukkan mentega kacau hingga mentega cair.

B 
- Pukul telur, gula dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi. Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung dan gaul hingga sebati. Perap selama setengah jam. - Panaskan pengukus dan acuan, tuangkan adunan ke dalam acuan yang disapu dengan sedikit minyak.
- Kukus selama 15-20 minit. Tutup pengukus hendaklah ditutup dengan kain supaya wap tidak menitik ke atas kuih.


Selamat Mencuba

Thursday, 11 October 2012

Lompang


Ramuan :-                                                             
- 2 cawan air
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi

Sirap Gula :-

- 3/4 cawan gula
- 2 cawan air
- 5 helai daun pandan (disimpul)

Cara-Cara Penyediaan:-

Sirap Gula:-
- Masukan kesemua ke dalam periuk dan tenggek atas api biar sehingga mendidih dan biarkan sejuk.

- Masukkan tepung beras, tepung sagu ke dalam bekas dan tuang air serta gaul sehingga rata.
- Kemudian curahkan air gula ke dalam adunan tepung kacau rata.
- Bahagikan adunan kepada empat bahagian kemudian warnakan dengan warna kegemaran anda.
- Panaskan kukusan terlebih dahulu, letakkan acuan yang telah disapu sedikit minyak dan kukus selama 5 minit.
- Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
- Semasa menghidang kuih ini hendaklah letak kelapa parut ditengah-tengahnya.

Selamat Mencuba..

Taufu Telur Kukus


Ramuan :-                                                                             
- 3 biji telur
- 1 1/2 cawan air
- 1/8 sudu kecil serbuk lada sulah
- 4 butang cendawan dalam tin (hiris nipis)
- Sedikit garam

Bahan Tabur :-

- Bawang goreng
- Daun sup
- Daun bawang

Cara-Cara Penyediaan:-

- Pukul telur kemudian masukkan lada sulah, garam, air dan cendawan butang.
- Kacaukan kesemua bahan hingga rata.
- Panaskan pengukus dan kukus selama 10-15 minit.
- Bila sudah masak, sejukkan.
- Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Sedia dihidang

Selamat Mencuba...

Sunday, 7 October 2012

Bingka Tepung Beras


Ramuan :-                                                              
- 150 gm tepung beras
- 150 gm tepung gandum
- 1 sudu besar tepung ubi
- 2 sudu teh garam
- 300 gm gula melaka
- 70 gm gula pasir
- 1600 ml santan
- 5 helai pandan

Cara-Cara Penyediaan :-

- Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan santan sebanyak 600 ml ke dalam periuk.
- Tenggek di atas api dan biarkan mendidih. Biar sejuk kemudian ditapis.
- Masukkan kesemua tepung dalam periuk dan tuangkan santan yang berbaki tadi serta kacau rata.
- Tuangkan air gula yang sudah sejuk tadi ke dalam adunan tepung dan kacau lagi.
- Tenggek di atas api kacau sehingga pekat.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang yang telah disapu minyak. Loyang ukuran 9 in.
- Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga masak.
- Tunggu sejuk dahulu barulah boleh dipotong.

Selamat Mencuba...

Vadei


Ramuan :-                                                                       
- 2 cawan kacang dhal (direndam terlebih dahulu)
- 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 2 tangkai cili kering (gunting halus)
- 3 tangkai daun kari (dihiris kasar)
- 2 sudu teh garam
- 1 genggam udang kering (dikisar)
- 2 sudu makan jintan manis

Cara-Cara Penyediaan :-

- Ambil segenggam kacang dhal masukkan dalam bekas. Selebihnya dikisar halus.
- Masukkan garam, jintan manis, cili kering, daun kari, udang kering dan bawang dalam kacang yang dikisar tadi. Gaul sehingga rata.
- Rasalah masin ikut citarasa masing-masing.
- Kepalkan dan bentukkan bulat serta leperkan sedikit. Panaskan kuali terlebih dahulu kemudian goreng dengan api yang sederhana.
- Gorenglah kuih vadei hingga kekuningan dan angkat. Sedap dimakan ketika masih panas-panas.

Selamat Mencuba...

Kuih Sagu


Ramuan :-                                                                           
- 1 cawan sagu (basuh dan toskan)
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu makan pewarna merah
-1/2 sudu teh esen ros
- 1/2 biji kelapa parut
- Sedikit garam

Cara-Cara Penyediaan :-

- Masukkan air ke dalam periuk kemudian masukkan gula, pewarna merah dan esen ros.
- Tenggek atas api, tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan sagu.
- Kacau sehingga likat dan biji sagu masih kelihatan putih. Padamkan api.
- Tuangkan ke dalam bekas yang telah disapu minyak. Kukus selama 25 minit atau sagu tiada kelihatan putih.
- Sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong dan golekkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.

Selamat Mencuba...