nuffnang
Monday, 17 November 2014
Kerabu Perut Bersama Pucuk Paku
Ramuan:-
- 400 gram perut segar (cuci bersih)
- 1 ikat pucuk paku (celur)
- 2 genggam taugeh (celur)
- 1 biji kelapa parut putih
- 1 genggam udang kering (rendam)
- 1 biji cili merah (hiris)
- 5 biji cili padi (hiris)
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
Cara-Cara Penyediaan:-
- Rebus perut lembu sehingga empuk. Tos dan potong ikut suka.
- Tumbuk bawang merah, putih, udang kering, cili api hingga lumat.
- Campurkan bahan tumbuk ke dalam kelapa serta garam gaul rata.
- Akhir sekali masukkan pucuk paku, taugeh dan perut lembu.
- Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba...
Saturday, 15 November 2014
Agar-Agar Milo Batik Horlick
Ramuan:-
- 25g agar-agar tali
- 220g gula
- 1100 ml air
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar milo
- 1/2 cawan horlicks
Cara-Cara Penyediaan:-
- Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga larut.
- Kemudian masukkan susu cair biar sehingga mendidih.
- Bahagikan kepada dua bahagian sama banyak. Satu bahagian campur milo.
- Dan satu bahagian dicampur horlicks kemudian dalam acuan dan biarkan beku.
- Sementara itu kacau sentiasa bahagian milo supaya tidak membeku.
- Tuangkan bahagian koko ke dalam acuan dan taburkan ketulan horlicks.
- Biarkan agar-agar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Selamat Mencuba...
Ayam Madu Masak Merah
Ramuan:-
- 8 ketul daging ayam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 4 sudu besar sos tomato
- 1 cawan air
- 1 labu bawang besar
- 3 sudu besar madu
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 3 biji buah keras
- 1 labu bawang besar (Utk kisar)
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 1 sudu makan gula
- 1 inci kulit kayu manis (4 sekawan)
- 1 kuntum bunga lawang (4 sekawan)
- 1 biji buah pelaga (4 sekawan)
- 3 kuntum bunga cengkih (4 sekawan)
- Minyak masak
Cara-Cara Penyediaan:-
- Gaulkan ayam bersama garam serta serbuk kunyit goreng sehingga masak.
- Kisar bawang merah, putih, besar, halia dan buah keras.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan 4 sekawan kacau hingga terbit minyak.
- Masukkan sos tomato, madu, gula, garam dan air kacau rata.
- Biarkan kuah mendidih dan rasalah mengikut citarasa anda.
- Akhir sekali masukkan ayam goreng dan bawang besar gaul rata.
- Sekiranya hendak berkuah jangan tunggu pekat sangat.
Selamat Mencuba...
Tuesday, 11 November 2014
Talam Kulit Roti
Ramuan:-
-250g kulit roti
- 80g gula
- 1/8 tsp garam halus
- 1/8 tsp esen vanila
- 400 ml santan
- 2 sudu makan tepung gandum
Cara-Cara Penyediaan:-
- Masukkan kulit roti ke dalam bekas.
- Kemudian masukkan garam, esen vanila dan santan.
- Gaul rata selepas itu tuang adunan ke dalam loyang.
- Loyang hendaklah disapu dengan sedikit minyak.
- Panaskan kukusan terlebih dahulu.
- Kukus selama 15 minit.
Lapisan Atas:-
- 120 g gula pasir
- 50g tepung kastard
- 10 gm tepung beras
- 400 ml santan
- 1 sudu teh garam
Cara-Cara Penyediaan:-
- Satukan semua bahan-bahan ke dalam periuk kacau sebati dan tapis.
- Masak atas api sehingga agak likat dan tuang di atas roti yang dikukus.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga masak dan penutup hendaklah dibalut dengan kain.
- Biarkan betul sejuk dan bolehlah dipotong.
Selamat Mencuba...
Monday, 3 November 2014
Kari Ikan Ala Nyonya
Ramuan:-
- 3 keping daging ikan tenggiri
- 1 sudu kecil biji sawi
- 2 tsp serbuk ketumbar
- 1 tsp serbuk jintan manis
- 1 tsp serbuk jintan putih
- 2 sudu besar serbuk cili
- 3 keping asam keping
- 1 biji kelapa (perah)
- 3 helai daun kari
- 1 kuntum bunga kantan (belah 2)
- 1 sudu kecil asam jawa adabi
- 5 sudu besar serbuk kari ikan
- Garam secukup rasa dan serbuk perasa
Ramuan Kisar:-
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- ½ inci lengkuas
- 1 batang serai
Cara-Cara Penyediaan:-
- Ikan direbus dengan sedikit air selama 5 minit bersama asam keping dan sedikit garam.
- Angkat ikan toskan. Panaskan minyak tumiskan biji sawi dan daun kari hingga naik bau.
- Bancuh serbuk kari serta ramuan kisar dengan air rebusan ikan, masukkan ke dalam tumisan.
- Selepas itu masukkan ramuan yang dikisar kacau rata.
- Kemudian masukkan santan bersama bunga kantan, perlahankan api biar sehingga mendidih.
- Akhir sekali masukkan ikan dan tunggu mendidih seketika tutup api.
P/s - Sesuai untuk semua jenis ikan
Selamat Mencuba...
Saturday, 1 November 2014
Kaswi Pandan Lemak
Ramuan:-
- 4 cawan santan
- 5 helai daun pandan (kisar + santan)
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula pasir (boleh tambah)
- 2 sudu besar tepung ubi
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar air kapur
- 1/8 tsp warna hijau
- 1/2 biji kelapa parut putih (untuk salut)
Cara-Cara Penyediaan:-
- Kesemua ramuan disatukan dalam bekas gaul rata.
- Tuang santan sikit demi sedikit sehingga habis.
- Sementara itu panaskan kukusan sehingga mendidih.
- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
- Sekiranya hendak dimasukkan ke dalam acuan lompang boleh juga.
- Kukus kuih sehingga masak angkat dan biarkan sejuk.
Selamat Mencuba..
Lapis Sagu
Ramuan:-
- 3 cawan sagu biji
- 1/2 biji kelapa parut putih
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu kecil garam halus
- 2 warna pilihan
Cara-Cara Penyediaan:-
- Rendam sagu biji selama 15 minit dan toskan, gaul dengan kelapa parut, garam dan gula.
- Bahagikan adunan kepada tiga dan setiap bahagian diwarnakan ikut pilihan dan satu bahagian biar warna asal.
- Lengser loyang dengan minyak, ratakan sagu biji yang telah diwarnakan kukus 15 minit,
- Masukkan pula lapis yang asal putih kukus 15 minit.
- Akhir sekali masukkan sagu biji yang berwarna kukus 15 minit.
- Setelah masak angkat dan sejukkan.
Selamat Mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)






