nuffnang
Wednesday, 30 March 2016
Som-som Labu Kuning
Ramuan
- 1/2 cawan labu lecek
- 2 cawan tepung beras
- 8 cawan santan
- 1 sudu teh garam
- 2 titik warna kuning
Cara-Cara Penyediaan:-
- Tepung beras dibancuh dengan dua cawan santan kacau rata.
- Masukkan enam cawan santan, labu lecek dan garam ke dalam periuk.
- Tenggek di atas api kacau sehingga mendidih kemudian masukkan bancuhan tepung beras tadi.
- Kacau selalu sehingga adunan pekat dan meletup-letup.
- Adunan hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berketul.
- Angkat dan segera masukkan adunan ke dalam acuan supaya tidak keras.
- Semasa dihidang tuang air gula dan bolehlah dimakan.
Ramuan Air Gula:-
- 1 cawan gula merah
- 1/3 cawan gula pasir
- 2 cawan air
- 2 helai daun pandan (simpul)
Cara-cara Penyediaan:-
- Masukkan kesemua ramuan di atas ke dalam periuk.
- Tenggek di atas api hingga mendidih.
Selamat Mencuba...
Thursday, 24 March 2016
Kuih Lapis 1 Malaysia
Ramuan:-
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 8 cawan santan
- 1 sudu kecil garam
- Warna merah, hijau, putih, kuning dan ungu.
Cara-Cara Penyediaan:-
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama gula dan tenggek di atas api hingga mendidih. Biarkan sejuk.
- Tuang santan ke dalam ramuan gaul rata dan tapis. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.
- Masukkan warna mengikut citarasa pada setiap bahagian.
- Panaskan terlebih dahulu kukusan dan sapu acuan 8in x 8in dengan sedikit minyak.
- Tuang adunan putih dan kukus selama 5 minit dan tuang lapisan kedua kukus lagi selama 5 minit.
- Ulangi sehingga setiap adunan habis, lapisan akhir hendaklah dikukus selama 20 minit.
- Apabila kuih masak angkat dan biarkan sejuk. Potong kuih gunakan pisau plastik.
Selamat Mencuba...
Friday, 11 March 2016
Donut Gebu Lembut
Ramuan:-
- 600 gm tepung high protein
- 70 gm marjerin
- 60 gm gula halus
- 1 biji telur
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 1 paket yis
- Air suam secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
- Secukup gula kastor untuk salut donut
Cara-Cara Penyediaan:-
- Air suam dicampur dengan gula, susu dan yis. Biar sampai kembang.
- Gaul tepung, marjerin dan telur yang telah dipukul.
- Masukkan bancuhan yis gaul hingga sebati.
- Tambahkan air suam sikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
- Perap doh sehingga naik dua kali ganda.
- Tumbuk doh keluarkan angin dan terap dengan acuan donut.
- Susun di dalam dulang yang ditabur dengan sedikit tepung, biarkan kembang dan ringan.
- Goreng dengan api sederhana hingga kuning.
- Apabila agak suam barulah disalut dengan gula kastor atau celup dengan coklat.
Selamat Mencuba..
Tuesday, 23 February 2016
Kuih Limas
Ramuan Hijau:-
- 2 cawan santan cair
- 7 sudu besar tepung gandum
- 3 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Kisar daun pandan bersama santan dan tapis.
- Satukan semua ramuan di atas kacau hingga sebati dan tapis.
Ramuan Putih:-
- 2 cawan santan pekat
- 5 sudu besar tepung gandum
- Garam secukup rasa
- Satukan semua ramuan di atas kacau hingga sebati dan tapis.
Cara-Cara Penyediaan:-
- Didihkan air dalam pengukus terlebih dahulu.
- Masukan 2 sudu kecil gula pasir dalam bekas acuan kemudian tuang adunan warna hijau.
- Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.
- Kemudian tuang adunan putih dan kukus selama 10 minit.
- Angkat dan biarkan sejuk dan boleh hidangkan.
- Lebih sedap jika dimasukan dalam peti sejuk.
Selamat Mencuba...
Monday, 22 February 2016
Kek Kukus Keju
Ramuan A:-
- 1 cawan gula kastor
- 6 keping slice cheese
- 1/2 cawan susu cair
Cara-cara Penyediaan RamuanA:-
- Kesemua ramuan disatukan kemudian masak hingga cair di atas api sederhana.
- Hendaklah dikacau selalu supaya tidak berketul dan ketepikan.
Ramuan B:-
- 3 biji telur
- 250 gm mentega
- 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara Penyediaan Ramuan B:-
- Pukul semua ramuan sehingga kembang.
- Selepas itu masukkan cheese yang dicairkan tadi dan pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
Ramuan C:-
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
Cara-cara Penyediaan Ramuan C:-
- Ayak bersama masuk ke dalam adunan tadi kemudian dikaup balik sampai sebati.
- Selepas itu, masukkan dalam acuan dikukus hingga masak lebih kurang 45 minit.
Selamat Mencuba...
Wednesday, 17 February 2016
Sambal Tumis Jering Rebus
Ramuan:-
- 10 biji jering tua (rebus empuk)
- 1 genggam ikan bilis (kisar)
- 1/2 inci belacan (kisar)
- 2 biji bawang besar (kisar)
- 5 ulas bawang putih (kisar)
- 7 sudu besar cili kering kisar
- 1 sudu kecil pati asam jawa
- 1/2 cawan air
- 1 biji bawang besar (hiris)
- Sedikit gula dan garam
- Serbuk perasa (jika perlu)
- Minyak untuk menumis
Cara-Cara Penyediaan:-
- Jering rebus dihiris nipis-nipis dan ketepikan.
- Panaskan minyak tumis ramuan kisar hingga terbit minyak.
- Kemudian masukkan cili kering kisar kacau hingga garing.
- Tuang air dan masukkan garam, gula, serbuk perasa dan asam jawa.
- Rasalah ikut citarasa masing-masing dan akhir sekali masukkan hirisan jering.
- Kacau hingga sambal pekat dan tutup api.
Selamat Mencuba...
Thursday, 4 February 2016
Nagasari Cendol Jagung
Ramuan:-
- 2 cawan tepung beras
- 2 cawan santan
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan cendol
1/2 cawan isi jagung
- Daun pisang secukupnya
Cara-Cara Penyediaan:-
- Satukan semua bahan kecuali cendol dan jagung.
- Kacau sebati dan masak di atas api sederhana sehingga likat dan berkilat.
- Kemudian masukkan cendol dan jagung.
- Kacau sebati sehingga pekat dan tutup api.
- Senduk adunan dua sudu ke dalam daun pisang dan bungkus seperti buat kuih lepat.
- Didihkan air dalam kukusan dan kukus selama 15 minit.
Selamat Mencuba..
Subscribe to:
Posts (Atom)






